PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

Pengenalan Pemberian Taraf Berpencen.

Anda layak memohon diletakkan ke dalam taraf berpencen sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Telah disahkan ke dalam perkhidmatan serta memilih skim pencen.
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam perkhidmatan tetap.
Jika syarat-syarat di atas telah dipenuhi, Bahagian Perhubungan & Kebajikan Staf (BPKS) akan menghantar surat kepada staf supaya datang ke pejabat kami untuk menandatangani borang PTB tersebut.
Walau bagaimanapun, staf juga boleh terus datang pejabat kami tanpa mendapat surat jemputan kami sekiranya memenuhi syarat seterusnya membawa bersama-sama dokumen berikut:
  1. 2 salinan kad pengenalan (depan & belakang) dalam saiz A4.
  2. 1 salinan surat pengesahan ke dalam perkhidmatan.
Setelah borang PTB ditandatangani, pihak BPKS akan memproses seterusnya menghantar ke JPA untuk tindakan lanjut. Sekiranya telah melebihi 3 bulan dari tarikh borang ditandatangan dan anda masih tidak mendapat jawapan, sila hubungi kami dengan segera. Tetapi kami di BPKS akan berusaha supaya tempoh menunggu lebih singkat. Walau bagaimanapun kami di BPKS juga tertakluk kepada balasan dari pihak JPA.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya telah menerima surat kelulusan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen.

1. Jika anda telah menerima surat kelulusan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen dari pihak BPKS yang disertakan bersama-sama salinan kelulusan dari pihak JPA, sila pastikan tarikh kuatkuasa diberi Taraf Berpencen itu sama di antara yang dikeluarkan pihak BPKS dengan yang di keluarkan oleh pihak JPA.

2. Jika surat tersebut menyatakan anda diberi Taraf Berpencen mulai 01/12/2010, sila pastikan slip gaji bulan Disember anda tiada lagi caruman KWSP.

3. Anda digalakkan mengeluarkan caruman KWSP dengan segera sekiranya slip gaji anda tidak lagi menunjukkan anda mencarum.

Bagaimana cara untuk anda membuat pengeluaran caruman anda di KWSP.
  • Sila cetak borang anda di sini:  -->BORANG<--. (cetak muka surat 5-9 sahaja)
  • Sila isikan borang anda seperti contoh berikut: 
    1. Contoh muka surat pertama
    2. Contoh muka surat kedua
    3. Contoh Lampiran A
    4. Contoh Lampiran B (1)
    5. Contoh Lampiran B (2)
  • Sediakan 1 salinan dokumen sokongan seperti yang berikut (Buat salinan sendiri kerana ini adalah urusan peribadi) :
    1. salinan kad pengenalan depan & belakang dalam saiz A4 pada satu muka.
    2. salinan surat Tawaran Jawatan (Tetap & berpencen)
    3. salinan surat Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan
    4. salinan surat kelulusan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen dari BPKS & JPA.
    5. salinan muka hadapan buku bank atau penyata bank.
    6. Salinan slip gaji terkini (Tiada caruman KWSP)
  • Hantar kepada pejabat BPKS supaya kami dapat membantu menyemak borang & dokumen anda seterusnya melengkapkan borang serta dokumen anda.
  • Sila kemukakan borang yang telah lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan anda. Bagi staf di sekitar Lembah Kelang, anda digalakkan menghantar permohonan anda ke pejabat KWSP Shah Alam di alamat berikut:
                               Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS)
                               Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
                               Lot. 8, Persiaran Damai
                               40000 Shah Alam
                               Selangor Darul Ehsan