Selasa, 14 Disember 2010

PEMBERITAHUAN - INSURANS BERKELOMPOK ETIQA

Sila ambil perhatian. Kadar premium bagi Skim Insurans Berkelompok Etiqa telah berubah bagi tahun 2011. Sila rujuk surat makluman dan brochure terkini bagi premium baru 2011 di pautan berikut :-

Insurans Kelompok

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Tahniah diucapkan kepada Puan Mariani Ismail, Kerani Tingkatan Kanan BPKS kerana dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Diharapkan beliau akan meneruskan kecemerlangan ini untuk tahun-tahun yang berikutnya serta menjadi contoh yang baik untuk staf yang lain.

Tahniah sekali lagi dari kami di BPKS.

Isnin, 29 November 2010

Al-Fatihah MUKHTARRUDDIN BIN OTHMAN

Assalamualaikum w.b.t

Makluman Staf Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang staf UiTM telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 30/11/2010.
Staf tersebut ialah ALLAHYARHAM MUKHTARRUDDIN BIN OTHMAN berumur 54 Tahun dan bertugas sebagai Pembantu Am Rendah di Kolej Seroja UiTM.

RM1,000.00 akan diberi kepada waris dengan kadar segera bagi urusan pengkebumian.

Beliau juga merupakan Ahli Khairat UiTM. Oleh itu, waris beliau akan menerima sumbangan daripada ahli-ahli lain dalam masa terdekat. 

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

                                                           

Isnin, 15 November 2010

Al-fatihah - RASHIDI BIN MOHD SAMAN

Al-fatihah buat sahabat kita yang bertugas di PUSAT PERHUBUNGAN UITM-INDUSTRI (UILC) iaitu saudara RASHIDI BIN MOHD SAMAN yang meninggalkan kita awal pagi tadi.

Kami di BPKS akan memberi bantuan berupa bayaran pendahuluan mengurus jenazah sebanyak RM1000.00 dan atas permintaan keluarga, kami juga telah menghantar van jenazah. Sebagai ahli Skim Khairat Kematian, waris keluarga saudara Rashid akan menerima sumbangan dari ahli-ahli lain dan kami akan menyerahkan wang tersebut dalam masa terdekat bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

                                                            

Rabu, 22 September 2010

Inisiatif Kami

Salam kepada semua. Kami di Bahagian Perhubungan & Kebajikan Staf baru saja mewujudkan blog ini atas inisiatif sendiri untuk memberi khidmat tambahan yang terbaik serta memberi info-info tambahan yang berguna kepada staf-staf UiTM terutama di Shah Alam serta lembah kelang.

Kami di BPKS amat mengalu-alukan sebarang teguran serta idea-idea demi untuk kemajuan serta kesenangan kita bersama. Bagaimana pun blog ini tidak menggambarkan imej UiTM secara rasmi keseluruhannya.

Insyaallah kami akan cuba mencari masa untuk mengemaskini serta memuat naik info-info atau borang-borang berkaitan bahagian kami sekerap yang mungkin.

:)